Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu



​​​​​​


Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Awang Haji Abas, Mohammad Hasif Matzin




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Jun. – Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu Negara Brunei Darussalam bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh empat tahun, berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.


Majlis dilangsungkan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Majlis dimulakan dengan pembacaan Surat Perintah Lantikan oleh Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali.


Mula-mula mengangkat sumpah ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan berperanan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035.


Disusuli dengan mengangkat sumpah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik sebagai Menteri di JPM dan akan mengekalkan peranannya sebagai Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).


Seterusnya berkenan mengangkat sumpah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri di samping meneruskan kerjayanya dalam bidang ketenteraan. Duli Yang Teramat Mulia juga akan memainkan peranan aktif dalam Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 khususnya memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara melalui hubungan diplomatik, kerjasama strategik dan pelaburan antarabangsa.


Sejurus itu mengangkat sumpah, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan ll; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri di JPM (Urustadbir Perkhidmatan Awam); Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Menteri di JPM (Sekuriti dan Undang-undang) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah sebagai Menteri di JPM (Tenaga, Huluan dan Hiliran).


Seterusnya mengangkat sumpah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri Kewangan ll dan bertanggungjawab untuk menerajui portfolio pelaburan di dalam dan luar negara dan mengawasi prestasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ll; Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar sebagai Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid sebagai Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh sebagai Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Kemudian diteruskan dengan mengangkat sumpah bagi seramai empat Timbalan Menteri yang didahului oleh Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri; Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak sebagai Timbalan Menteri Pembangunan; dan Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.


Juga hadir, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned; dan Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib.


Bagi memberkati majlis, Doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.


05-1 (1).jpg


06 (3).jpg


07 (3).jpg


08 (3).jpg


09 (3).jpg


10 (2).jpg


11 (2).jpg


12 (2).jpg


13 (2).jpg


14 (2).jpg


15 (1).jpg


16 (1).jpg


17 (1).jpg


18 (1).jpg


19 (1).jpg


20 (1).jpg


21.jpg


22.jpg


23.jpg


24.jpg


25.jpg


26.jpg


27.jpg


28.jpg


29.jpg


30.jpg



Close